Thursday, November 13, 2008

Retak Menanti Belah

Saya agak sibuk beberapa minggu ni. Baru ada kelapangan untuk mencoret sedikit. Isu yang saya akan perkatakan kali ini adalah isu bangsa alain juga boleh menjadi Perdana Menteri dan politik berbilang bangsa masih relevant mengikut kata Tun Mahathir.

Namun ada pihak yang tidak menerima konsep politik berbilang bangsa kerana ianya dilihat tidak mengikut arus semasa terutamanya pemimpin DAP.

Arus semasa? Kenapa tak boleh berbilang bangsa? Apa alasannya?

Saya menolak mentah2 sebarang usaha untuk mengubah lanskap politik negara ini kepada sistem dua parti mahupun parti berbilang bangsa. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita harus memahami uniknya negara ini kerana mempunyai pelbagai bangsa dan asas negara yang terbentuk dari ketuanan dan kepentingan orang melayu serta bumiputra diberi keutamaan. Ianya seaakan tidak dapat diterima oleh masyarakat bukan melayu/bukan bumiputra.

Selepas lebih 50 tahun kita merdeka dan selepas peristiwa 13 Mei, nampaknya masyarakat bukan melayu tidak terdidik dengan baik untuk memahami konsep kenegaraan ini dan menghormati status kompromi antara pribumi dan pendatang pada masa dahulu. Parti-parti politi bukan melayu harus membuat kerja dengan baik mendidik bangsa mereka daripada sibuk mengkritik dan mencari kesalahan orang lain.

2 comments:

Anonymous said...

Sekolah Wawasan. For a Bangsa Malaysia to be born, the current race-based schooling system must go. "This is the only country where we have different streams of schools: Chinese, Tamil and National schools. The Chinese educationists think their kids should not get any close to the kids from the national schools. Or they might turn into Chinese Mat rempits."

The idea of Sekolah Wawasan was to put the 3 schools in one campus. This will compel the children of different races to meet and interact with each other. Morning assembly would be held together. The pupils will be in one assembly. When they play, they'll play together. Not Chinese school vs National school.

"I must admit the Sekolah Wawasan concept did not get support, especially from the Chinese educationist groups. They don't want to have anything to do with the Malays."

Cina lebih menolak daripada Melayu tentang Bangsa Malaysia sebenarnya. Cuba bandingkan lantangnya Cina DAP, Gerakan dan MCA jika berdepan permasalahan budaya Cina seperti sekolah Cina, dsb nya.

Melayu mengangkat keris kena cemuh. Cina menggunakan Lion Dance, melayu bertepuk bersama.

(Tajudin)

Percaturan Minda said...

well said TJ