Tuesday, October 14, 2008

Matlamat Rakyat Malaysia

Setiap kita mempunyai cita2 dan matlamat yang berbeza..ada juga yg mempunyai matlamat yang sama. Dalam permainan catur misalnya..matlamat kita ialah untuk memenangi permainan tersebut. Untuk mencapai matlamat tersebut kita bermain dengan pelbagai cara dan helah agar pihak lawan dapat ditumpaskan. Dalam kehidupan kita juga sebegitu. Namun cara dan pendekatan sedikit berbeza kerana tidak semestinya salah satu akan menang dan lawannya aka kalah. Kedua2nya boleh menang jika saling tolong-menolong.

Kembali kepada politik. Antara topik yang cukup diminati dan menjadi tajuk perbualan oleh aku dan rakan2 semasa minum pagi atau petang. Hari ini aku tak berkongsi pandangan aku tentang senario politik semasa. Pilihanraya Mac lalu amat memberikan satu perubahan pemikiran yang cukup besar kepada rata-rata rakyat Malaysia. Kenapa dan mengapa ianya berlaku masih menjadi satu tanda tanya yang cukup mengelirukan. Pelbagai komen dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak. Yang sering aku dengar ialah rakyat menolak Barisan Nasional. Politik berasaskan kaum seharusnya ditolak. Umno sering menjadi kecaman dan kutukan bukan sahaja oleh Bukan Melayu malah oleh org melayu sendiri. Parti-parti komponen lain di dalam Barisan Nasional juga tidak terlepas daripada tempias kritikan dan kutukan itu. Pakatan Rakyat mula menggunakan perubahan itu dengan mengatakan mereka mendapat sokongan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat itu sendiri memainkan satu sentimen seakan ianya adalah milik rakyat dan terbentuk oleh rakyat. Aku tidak terkeliru. Kerana aku lihat PR sendiri masih belum menyelesaikan masalah sesama parti-parti komponen didalamnya dan membentuk persefahaman seperti parti-parti komponen BN. Aku tidak sanggup memperjudikan kestabilan politik negara dan kestabilan antara kaum. Lihatlah apa yang berlaku di Pakistan dan Thailand menjadi pengajaran kepada aku. Suatu hari aku mungkin menerima pakatan baru itu.

Adalah menjadi satu kebiasaan bagi manusia untuk menilai apa yang sudah dimiliki bermasalah dan bercita-cita untuk membuat perubahan apatah lagi Barisan Nasional mula dilihat sebagai bermasalah dan merupakan cara serta pendekatan politik yang salah apabila menekankan politik mengikut kaum. BN dilihat tidak mampu mengubah masalah perkauman, tidak mampu menyesaikan masalah ekonomi sesetengah golongan, tidak mampu menyelesaikan masalah sosial dan pelbagai lagi ketidakmampuan BN yang dihujahkan. Aku berfikir. Rakyat mula mencari penyelesaian bagi segala permasalahan itu. Munculnya PR adalah menjadi tempat untuk rakyat menunjukkan rasa tidak puashati mereka kepada BN. Aku berfikir lagi. Mampukah PR menyelesaikan masalah2 itu. Atau ianya lebih berpunca dari masalah semulajadi manusia sendiri.

Kini wujud pula semacam satu idea atau dokongan baru untuk mengubah lanskap politik tanahair dengan membawa hujah perjuangan politik berasaskan kaum adalah salah dan tidak membina. Sebagai seorang professional melayu aku cuba untuk mendalami isu ini agar aku tidak membuat kesilapan yang boleh membawa kepada kehancuran tamadun bangsa mahupun negara. Hujah2 banyak dilontarkan tentang kepentingan politik parti pelbagai kaum namun ianya tidak berupaya meyakinkan aku tentangnya. Kenapa? Sebenarnya kita perlu menerima hakikat ianya lebih kompleks dan rumit dan tidak semudah yang kita bahaskan dan sangkakan. Bercakap memang mudah. Melaksanakannya perlu berpijak dibumi nyata dan bukannya sekadar angan2 tanpa mengambil kira faktor2 yang mempengaruhinya. Lihat sahaja di dalam Parti2 politik tanahair yang dibentuk pasa asasnya menjadi parti berbilang kaum seperti Gerakan, PPP, DAP, PKR dan lain2 seumpamanya. Akhirnya mereka tunduk kepada faktor semulajadi manusia iaitu akan lebih mencari persamaan diantara mereka. Gerakan hari ini ditunjangi rata2 oleh mereka berbangsa cina. Begitu juga dengan PPP dan DAP yang melihat kurangnya sambutan dan sokongan orang melayu. Mungkin disebabkan kewujudan UMNO dan PAS menghalang mereka untuk mendapat sokongan orang melayu. Mungkin.

Kita lihat sahaja di Amerika Syarikat ketika ini dimana politik mereka berasaskan Sistem Dua Parti yang lebih stabil dan memberikan pilihan kepada rakyat untuk mengubah parti pemerintah mengikut kepentingan rakyat. Mereka tiada parti berasaskan kaum seperti di negara kita ini. Banyak pihak yang berhujah tentang perkara ini dan mengatakan kita juga harus mengambil pendekatan seperti Amerika Syarikat. Namun mereka ini sebenarnya terlupa bahawa senario politik negara kita jauh lebih rumit dari itu kerana banyak faktor-faktor yang berbeza. Faktor yang paling ketara yang aku lihat adalah faktor agama. Hari ni isu samada Barrack Obama seorang Islam atau Kristian menjadi begitu penting di Amerika Syarikat yang menunjukkan mereka masih belum mampu menerima Presiden beragama Islam. Mereka cukup sensitif tentang isu ini dan kerana itulah isu agama dan kaum sering terdengar dan dimainkan oleh banyak pihak di dalam kempen, ulasan dan hujah-hujah sesama proses pemilihan presiden Amerika Syarikat. Ianya masih menjadi satu masalah besar pemikiran dan menghantui rata-rata pengundi di Amerika Syarikat. Kita di Malaysia bukan sahaja berbeza kaum malah kita juga mempunyai perbezaan agama. Namun selepas BN memerintah lebih 50 tahun resipe yang digunapakai setakat ini seakan berjaya mewujudkan kestabilan dan persefahaman antara kaum. Hari ini kita berhujah untuk mengubah dasar ini. Namun bagaimana mengubahnya. Perlukah kita mengubahnya. Atau wujud pihak2 yang berkepentingan tertentu mengusulkan perubahan demi mencapai matlamat mereka. Kita harus berhati2. Berfikir sedalam-dalamnya.

Faktor yang lain juga perlu diambil kira iaitu faktor Kepentingan Bumiputra. Ini faktor penting dan isu inilah sebenarnya yang menjadi kemelut di dalam politik semasa ketika ini. Isu ini amat berkait rapat dengan faktor sejarah. Kita tidak harus menafikan sejarah kerana itulah asal kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang manjadi tunjang dan asas negara. Semasa kita mencapai kemerdekaan, telah wujud satu kesefahaman antara Bumiputra dan bukan bumiputra untuk menerima hak-hak keistemewaan bumiputra dengan bumiputra turut menerima bukan bumiputra menjadi warganegara Tanah Melayu ketika itu. Kini setelah lebih 50 tahun merdeka bukan bumiputra mula merasakan perlunya dasar ini dimansuhkan kerana seolah-olah mereka tidak diterima sepenuhnya sebagai warganegara. Kenapa mereka merasakan sebegitu. Aku sedikit tidak memahami mengapa pandangan mereka berubah daripada pandangan nenek moyang mereka dulu. Mungkin sebab ianya tidak lagi relevan. Sebab kita kena wujudkan bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia. Mmm, satu terma yang cukup popular ketika ini dalam kancah politik.

Pihak2 yang memperjuangkan Bangsa Malaysia ini sering mengambil contoh Amerika Syarikat. Aku suka menggunakan amerika syarikat juga sebagai perbandingan untuk memahami sesuatu isu dengan baik. Mereka mendakwa kenapa kita tidak ikut amerika syarikat apabila rakyatnya mengelar mereka 'American' dan bukan mengikut bangsa. Mereka ini sebenarnya lupa bahawa hari ini, di abad ini. di zaman amerika lebih maju berbanding kita, mereka masih mengunakan istilah seperti White, Black, Hispanic, Asian dalam menentukan golongan rakyat mereka. Malah isu kaum dan warna kulit cukup besar memainkan peranan dalam pemilihan presiden mereka. Jadi mereka yang berhujah ttg Bangsa Malaysia ini sebenarnya lupa bahawa kita juga menggunakan perkataan 'Malaysian' atau rakyat Malaysia. Mungkin apa yang cuba diketengahkan oleh mereka ini dengan terbentuknya Bangsa Malaysia maka tidak perlu lagi 'Affirmative Policy' yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Biar sama rata.

Isu sama rata ini sangat menarik jika hendak dibincangkan. Seorang teman sering mengatakan bahawa dasar mengutamakan bumiputra oleh kerajaan sebenarnya merosakkan terutamanya bangsa melayu. Aku tidak bersetuju. Sebab bagi aku apa yang penting sebenarnya adalah pelaksanaannya bukan dasar. dasar apa pun kalau dibuat namun pelaksanaannya tidak adil dan telus maka ianya tetap membawa masalah. Kita hidup, berniaga, bekerja mahupun berpolitik sering mengikut kepentingan bangsa dan faktor manusia. Kita lihat masyarakat cina, dalam berniaga mereka amat membantu sesama bangsa mereka. Itu lumrah. Kita lihat syarikat2 yang dimilik oleh bangsa cina, kebanyakan pekerja-pekerja atasan mereka adalah bangsa cina. Begitu juga orang melayu. pekerja-pekerja mereka juga ramai orang melayu. Namun apa yang menjadi penting di adalm sistem ini adalah tolak ansur dan kemampuan sesuatu bangsa membuka ruang perniagaan dan pekerjaan kepada bangsa lain. Jika sesuatu bangsa itu tidak berupaya membantu bangsa lain untuk maju seiring kemajuan bangsa sendiri, itulah sebenarnya masalah utama yang perlu diselesaikan tidak kira apapun dasar atau nama dasar itu diberi. Lihat politik pula, sebagai contoh parti Gerakan, ianya dikuasai oleh bangsa cina walaupun Gerakan seharusnya menjadi parti berbilang bangsa. Itulah faktor manusia yang kita harus fahami. Kerana itulah juga hari ini kita lihat masyarakat cina menguasai ekonomi negara walaupun mereka itu jumlahnya lebih kecil berbanding masyarakat melayu. Budaya membantu bangsa, atau affirmative policy dalam masyarakat cina amat ketara dapat dilihat. Apabila aku berborak dengan seorang rakan berbangsa cina, dia mengatakan mereka perlu berbuat begitu kerana kerajaan tidak membantu mereka. Siapa lagi nak bantu mereka kalau bukan bangsa mereka sendiri. Aku pasrah. Dasar DEB itulah katanya menyebabkan cina jadi begitu. Ada juga kebenarannya. Betulke begitu..aku terus berfikir. Namun jauh dilubuk hati aku terdetik, kalau dasar kerajaan mementingkan golongan bumiputra semata2 aku rasa dalam tempoh yang singkat bangsa bukan bumiputra tentunya terpinggir dan tidak mampu menguasai ekonomi seperti sekarang. Malah aku seakan terkeliru apabila ada pihak politik yang mendakwa UMNO gagal membantu orang melayu menguasai ekonomi kerana sering mengambil kira kepentingan bangsa lain juga. Di pihak lain pula mengatakan UMNO terlalu mementingkan orang Melayu dan bersikap perkauman. Aku mula pening. Suratkhabar ari ni aku terbaca pasal seorang pemimpin Gerakan membuat kenyataan mereka perlu berubah dan menyatakan seolah-olah selama ini Gerakan terlalu mengikut UMNO di dalam BN. Aku kurang faham. Ada pemimpin DAP pula kata kerajaan sengaja mengeluarkan statistik yang salah tentang penguasaan ekonomi oleh orang melayu untuk terus melaksanakan dasar DEB itu seolah-olah memberi gambaran melayu sudahpun banyak berjaya dan menguasai ekonomi dengan dasar itu maka ianya haruslah dihapuskan kini. Mungkin juga UMNO sepatutnya tidak terlalu mementingkan orang Melayu lagi. PAS dan melayu PKR kata UMNO gagal membantu ekonomi orang melayu. Hairan aku. Yang mana satu yang betul.

Bagi aku pembaharuan yang cuba dibawa perlu diteliti dengan baik. Hari ini walaupun Kerajaan memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat2 bumiputra, peniaga2 cina tidak disisihkan oleh peniaga2 bumiputra kerana rata2 rakan aku dalam perniagaan mengatakan hampir 70% projek2 kerajaan dimanfaatkan oleh peniaga2 cina. Kaum india aku lihat seakan terhimpit dengan dasar 'Affirmative Policy' yang wujud secara ketara dalam masyarakat cina dan masyarakat melayu. Kalau budaya ini berterusan ianya semakin kusut dan sukar dirungkaikan. Aku merasakan tiada masalah dengan dasar itu cuma pelaksanaannya perlu dinilai dan dikemaskinikan bagi memsatikan semua pihak mendapat keuntungan dan ekonomi dirasai dan dikuasai oleh semua kaum bukan satu kaum sahaja.

Lihat juga faktor pendidikan. Mereka laungkan Bangsa Malaysia. Namun apabila kerajaan mencadangkan sekolah berbentuk majmuk dan mengusulkan penghapusan sekolah berasaskan kaum dan agama, mereka menentang. Pelbagai aladsan diberi. Bukankah ianya juga perlu kearah mewujudkan Bangsa Malaysia yang mereka sendiri usulkan dan perjuangkan. Aku mula menerima hakikat bahawa faktor semulajadi manusia tidak harus diketepikan dalam pembentukan dasar2 baru. Aku bangsa Melayu Rakyat Malaysia.

10 comments:

Abafahim said...

tahniah ney dah ada blog..

Menarik kupasan ko ni. Tapi, kalau lebih ringkas lagi mudah org nak tangkap punchline ko.

Kalau kita tengok blog Tun Mahathir, kupasan secara points & ringkas dan message senang sampai.

Yang aku tahu rule dlm blog ni 1) Update 2) Update & 3)Update.

Nanti linkkan dgn blog aku k.

Anonymous said...

tahniah tuan... teruja aku dengan hujah hujah tuan lawyer.. heheh

Anonymous said...

heheh. tahniah tuan..

Anonymous said...

Hehe.. Nan perlu perubahan paradigma dalam politik.. hehe..

Syamsulfaiz said...

Panjang betul posting kau ni Deney. Aku comment dulu, sebelum baca. Ambik masa nak baca dan digest analisa kau ni.

Anonymous said...

"Aku merasakan tiada masalah dengan dasar itu cuma pelaksanaannya perlu dinilai dan dikemaskinikan bagi memsatikan semua pihak mendapat keuntungan dan ekonomi dirasai dan dikuasai oleh semua kaum bukan satu kaum sahaja"

Komen: Aku setuju. Sebarang dasar dan perlaksanaannya perlu membantu ekonomi secara adil

Persoalan untuk dikupas:-
1. Kenapa kita sukar untuk mengambil pengiktibaran sirah dimana Nabi ketika di Madinah membuka peluang sama rata kepada semua bangsa dan agama (yahudi, nasrani, islam, qibti, habsyi, quraish, etc) untuk berniaga?

2. Aku setuju bumiputera perlu dibantu. Cuma, kita perlu berfikir mekanisma terbaik bantuan tersebut, sama ada affirmative action semata-mata atau perkara lain. Aku paling hairan kenapa kursus2 teknikal dan pertanian yang dijalankan kerajaan gagal mendapat sambutan hangat bumiputera? Orang nak bagi ilmu dan teknik, tak nak pulak ambik. Takkanla asyik nak hidup dgn subsidi tanpa menambah ilmu. Adakah itu masalah semulajadi kita?

3. Formula perpaduan kaum memang sukar, dan formula BN memang berjaya selepas 50 tahun. Namun, kita harus memikir untuk memastikan perpaduan itu mengakar dan merimbun. Bukan sekadar kosmetik dan ekstrinsik semata-mata. Kita tidak mahu lagi dengar Tuntutan Suqiu, Memorandum 11 menteri Cina, Kampung Medan, Kampung Rawa dsb. Itu hanya petanda perpaduan kaum yang ada semakin longgar dan bersifat kosmetik, walhal didalam hati kita masih wujud prejudis dan polarisasi.

Anonymous said...

aku bangsa melayu rakyat tanah melayu, ke manakah aku sekiranya hak2 bangsaku dihapus..

siapakah yang akan pertahankan tanah melayu seandainya peperangan berlaku.....

renung-renungkan bersama....

Percaturan Minda said...

kepada mereka yg memberi komen..terima kasih.

marilah kita membawa pandangan yg penuh dgn kefahaman dan perjuangan anak bangsa

Anonymous said...

The suppressed people or race will find their way to live and excel.

Being small in number, they can work themselves better and take oppurtunities whenever it comes and withstand the severe hardship and pains.

They work themselves out of their problems in silent and make themselves more resilient and streetwise.

Others could not blame them for being good and excellence race far above than others, and very crtitical in voicing out their unhappiness, when others are not in the position to open, to accept the mistakes done and to strive to compete.

The more we suppress these people, the more better they will be and at last the majority mass who was suppressig them before will in turn depending on them, like now for jobs (to eat). With recession is coming down hard, it will be a lot more worse.

The hatred lies in every racist individual but once the minority hardened their stamps on the majority mass, some how riots will come into the picture.

The current social problems is inherited from or rather the product of earlier policies and its implementations.

How could you find one good fine policy when comes to 3 different cultures with 3 different religions with 3 different languages and a lot of different sentiments or habits.

Malay, chinese and indian with one religion and one language is rather quite easy to treat. But with all sort of the variables as above it will be a mess.

However, (for me) to increase the intellectuality of all people (whatever dick they are) to top most level is the most appropriate thing to do now.

Don't hinder anyone of them from studying to the highest level as they can get. They will be far more intelligent, productive and more tolerant people.

If one another is after each other throat to be on the top (in a stupid way, especially), kiasu or not kiasu, survival instint will kick in.

(tajudin)

Percaturan Minda said...

Tj, change we need for malays..but dun you think other races must also change for the sake of others..they have not changed...they refuse to share...If only we change, they dont, we gonna suffer more..