Friday, October 10, 2008

Gerakan Bidak Pertama

Semalam bermulalah blog diriku ini...dah lama nak buat blog tapi kesuntukan masa kerana kesibukan dalam hidup. Namun teman2 yang mendorong agar aku membuat satu blog bagi berkongsi pengalaman hidup dan pandangan aku. Terutama dengan generasi muda sebaya denganku...

Gerakan bidak pertama amat penting dalam permainan catur...kerana ianya menentukan halatuju permainan sehingga akhir. Begitulah juga dengan kehidupan kita..bagaimana kita memulakan sesuatu perkara menjadi begitu penting dalam menentukan natijahnya..

Baik dalam kerjaya, keluarga dan perkara-perkara yang lebih besar seperti politik, kenegaraan, perjuangan sesuatu bangsa, perjuangan sesebuah negara menuju kemenangan catur kehidupan. Bermulalah dengan baik dan terancang....

Kita pernah bermula dalam permainan terdahulu dengan salah mengerakkan bidak pertama dan kita mula menyedari ianya memberikan kesan yang amat besar dengan perjalanan seluruh permainan sehingga akhir. Kita belajar dari kesilapan. Kesilapan mematangkan kita..kesilapan menjadikan kita lebih baik dan mudah memaafkan orang lain yang turut melakukan kesilapan. Alangkah baik kalau kematangan itu hadir tanpa perlu melalui kesilapan yang amat besar...yang menjejaskan perjalanan kita seterusnya di dalam hidup...

Ambil masa...berfikir sejenak..sebelum memulakan gerakan bidak pertama...kenapa? perlukah kita berfikir atau kita hanya perlu mengerakkan saja mana2 bidak catur untuk memulakan permainan dan melihat gerakan pertama lawan kita. Kalau kita tidak tahu untuk bermula pun akan menjadi satu kerumitan dalam hidup. Ramai orang yang berani mengambil risiko memulakan gerakan pertama yang tidak dibuat oleh pemain-pemain sebelumnya. Ianya bakal memberikan kesan kerana telah ada yang mencuba dan gagal. Jadi mengambil contoh kegagalan orang lain adalah yang terbaik. Malah kini ramai yang telah gagal tampil berkongsi kegagalan dan ketidaksesuaian gerakan pertama itu. Terima kasih di atas nasihat dan tunjukajar bagaimana memulakan gerakan bidak pertama yang terbaik..

Hari ini kita lihat bagaimana dalam dunia kerjaya, perniagaan mahupun politik. Gugurnya bidak-bidak akibat gerakan pertama yang salah. Membuat pilihan gerakan pertama yang salah mampu memberi kesan yang amat mendalam kepada seseorang individu, masyarakat mahupun negara.

Aku ingin mencoret sedikit tentang isu semasa kini..isu apa ya..isu paling diminati ketika ini. Isu politiklah. Setiap individu mempunyai padangan mereka yang berbeza tentang dunia politik, cara berpolitik, fahaman mahupun matlamat. Pernah aku berjumpa dengan orang lebih tua yang mengaku pernah menyokong sesuatu perjuangan politik dan kini berubah pandangan sepenuhnya tentang gerakan pertama yang dibuat dulu..kini segalanya berubah..kini menyalahkan sepenuhnya gerakan pertama itu..menyesal sungguh dia kerana membuat gerakan itu...aku angguk seolah-olah memahami..namun jauh dilubuk hati aku merasakan pakcik itu masih berupaya berubah pandangannya apabila gerak dan langkah yang diambil pihak lain menjadikan dia perlu mengubah gerakannya yang seterusnya sehingga ke akhir.

Lihat sahaja pemimpin-pemimpin kita tak kira dalam parti politik mana pun..telah ramai membuat kesilapan gerakan pertama dan hari ini mengubah gerakan pula..mengubah cara permainan. Masuk BN keluar BN. Masuk PR keluar PR. Masuk parti itu keluar parti itu. Menyokong parti itu kemudiaan menentang parti itu. Berjuang menaikkan parti itu kemudian berjuang menjatuhkan parti itu. Mendapat keuntungan dari parti itu dan kemudiannya tidak mendapat keuntungan dari parti itu. Berhujah parti itu betul dan membela rakyat kemudiaan berhujah parti itu tidak betul dan merugikan rakyat. Berhujah pemimpin parti itu baik dan kemudian berhujah pemimpin parti itu jahat. Parti itulah yang paling sesuai untuk perjuangan bangsa kemudian kata parti itu tidak sesuai untuk perjuangan bangsa. Perjuangannya salah. Itulah politik..Pemimpin begitu sebenarnya telah membuat gerakan pertama yang salah. Dia pasrah. Dia akur kesilapannya..dia manusia..namun itulah hakikatnya..itulah parti dia dulunya..itulah medan dia berpolitik dulunya..pastikah dia tidak akan bertukar lagi..pastikah dia..yakinkah dia..

Mungkin kita perlu menerima hakikat setiap manusia mempunyai pandangan dan cara berbeza dalam memulakan gerakan bidak pertama. Namun apa yang pasti setiap pemain mahukan kemenangan, mahukan strategi terbaik, mahukan pihak lawan tersilap gerakan dan langkah dan mahukan tiada kesilapan dalam gerakan yang dibuat. Namun manusia tetap manusia. Kepentingan sendiri sering diutamakan. Tidak salah. Itu semulajadi manusia. Namun menjaga kepentingan sendiri tidak harus menjejaskan kepentingan orang lain..Seimbangkan..bagaimana? Amat sukar.

Kita jumpa di gerakan bidak seterusnya..

Oleh Adnan Seman

6 comments:

Anonymous said...

Salam...

"Bidakan pertama "yang mengupas secara terbuka tentang keputusan yang bakal & yang telah di ambil oleh manusia. satu permulaan yag sangat matang bagi new blogger hehehe... :-)

Tahniah atas pembukaan blog TuN Adnan Seman.... :-)


kata-kata renungan bersama:

Gerakan pertama tidak selalunya menemui kejayaan.. namun, manusia perlu belajar dari kesilapan...

" Gantung hatimu pada Tuhanmu, jangan gantung hatimu selain dariNya..."

nblneverlose......

Ifila Saila said...

Tahniah atas inisiatif utk melahirkan blog dgn identiti tersendiri.. namun dalam kita meneliti gerakan bidak pertama, perlu diambil kira halatuju dan ending game yg menjadi pertaruhan.

apakah bidak yg akan menjadi umpan, ataupun sang permaisuri sanggup menggadaikan nyawa demi raja tercinta.. (ataupun raja yg menjadi penurut kata sang permaisuri) semua itu bakal menentukan jatuh bangun seorang pemimpin di dalam dinastinya. justeru, buatlah pilihan yang bijak sebelum bertindak..

p.s. deney, ngko buatlah link ke mana2 website ttg chess, kmdn kaitkan setiap opening dan ending game dgn isu semasa.. mesti blog engkau akan jadi lebih menarik.

p.p.s teringat zaman mude2 main chess tournament kat sekolah & matrikulasi UIA.. :)

Anonymous said...

tahniah tuan.. bergetar hati aku bila baca hujah hujah tuan lawyer

Anonymous said...

Bukan mudah untuk menggerakkan bidak pertama dengan sempurna. Walaupun kesempurnaan sukar dikecap, namun keputusan tepat dan pantas perlu dilakukan.

Tahniah kepada saudara dengan pembukaan blog baru. Aku sentiasa menyokong rakan-rakan yang mahu berfikir untuk kemaslahatan rakyat dan umat.

Agaknya, mungkin benar kata cerdik pandai "The one who know how to manage a country, is now driving a taxi". Renungkan.

Percaturan Minda said...

terima kasih tobey

percaturan minda

Anonymous said...

kata-kata penuh semangat.. hidup melayu