Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Salam semua, selamat tahun baru...

Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf di atas kegagalan menulis di dalam blog ini di atas kesempitan masa dan kesibukan hujung tahun 2008 kerana menguruskan pelbagai perkara. Saya dah dilantik menjawat beberapa jawatan dalam biro-biro di UMNO Bahagian, Badan Pengurusan Bangunan, NGO dan kerja2 pejabat disamping menguruskan persekolahan anak2 untuk thn 2009...

Begitu cepat masa berlalu...tup2 dah masuk tahun 1430H dan 2009 M...Dan seperti biasalah kita mula berazam utk thn baru ni...Berazam sememangnya baik kerana ianya dapat menambahkan semangat kita utk berubah kepada sesuatu yg lebih baik..Menjadi org yg baik..membantu membentuk masyarakat yang baik...dan seterusnya sebuah negara yang baik..

Namun demikian kita juga dikejutkan dengan pelbagai peristiwa sedih dan duka antara serangan ke atas kesucian Islam di tanahair kita ini oleh musuh-musush Islam bertopengkan politik yg melihatkan diamnya sesetengah orang Islam atas kepentingan politik...sehinggalah kepada serangan senjata oleh Rejim Pengganas Zionis yg menyerang masyarakat Islam di Gaza yang turut melihatkan diamnya negara2 Islam juga atas dasar politik. Begitulah di dalam hidup kita ini sebagai masyarakat Melayu beragama Islam, kita harus sedar pada akhirnya saudara kita seislam yg akan mempertahankan kesucian dan nyawa kita..kerana sesungguhnya setiap yang beragama islam itu bersaudara...

Politik dan Kepentingan...Itulah yang seharusnya kita fahami dan berusaha mengawalnya agar kita tidak terjerumus di dalam situasi bertolak ansur dan mengalah kerana kepentingan politik yang akhirnya merugikan bangsa dan agama. Lihat sahaja apa yang berlaku di Perak dan di Gaza..Orang Islam hanya mampu meluahkan rasa tidak puas hati..namun mereka yang berkuasa hanya mampu pasrah atas kepentingan politik dan semasa..

Azam? Kali ini kita berazam lagi. Seperti tahun2 yang lalu. Tahun ini saya berazam untuk menjadi lebih sibuk, lebih teratur dan lebih berjaya dalam perniagaan, politik dan rumahtangga. Anak pertama dah sekolah darjah satu...Yg kedua masuk Tadika...sibuklah saya tahun ni menguruskan anak2...

Dalam politik...alhamdulillah ada yang memberi kepercayaan kepada saya memegang jawatan dalam biro dan ianya dapat memberi ruang untuk saya lebih bergiat aktif disamping menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan bangsa melayu dan islam khususnya..Sebab kalau kita hanya pandai berkata2 dan mengkritik namun tidak bersama2 membantu rakan2 kita memartabatkan bangsa dan agama demi masa depan anak2 kita yang lebih terjamin, kitalah yang seharusnya dipersalahkan..Marilah kita berazam untuk menjadi agen pengubah dan bukannya agen pengkritik...

Tahun 2008 yg telah ditakdirkan memberi ruang kepada golongan pengkritik mentadbir sudah mula menunjukkan realiti dan fakta bahawa mengkritik adalah jauh lebih mudah dari mentadbir. Hakikatnya rakyat perlu sedar bahawa dalam kita menginginkan sesuatu yang lebih baik, kita harus juga menilai apa yang sudah kita miliki dan bersyukurlah kita..

Marilah kita berusaha memajukan diri kita untuk masa depan bangsa dan agama ..Melayu dan Islam...

No comments: